Wednesday 11 November 2015

Salam semua... cuti-cuti Malaysia dah datang balik.. kat sini saya nak cerita.. saya berterima kasih kepada semua tetamu yang dah pernah menginap di Kaseh Isaura Homestay rata-rata berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak kami.
Nak tau apa yang best lagi.. sekarang kan dekat Kaseh Isaura homestay ada deretan rumah kedai yang menyediakan kemudahan restoran masakan kampung, western dan kedai runcit yang akan memudahkan tetamu untuk mencari kedai makan. tak yah g jauh-jauh.. kalau lapar boleh pegi je ke kedai yang berdekatan.

Kalau nak ke Gambang water park tempoh perjalanan tak lama dalam 25 min ikut jalan bypass.. sangat mudah..

Deretan rumah kedai yang menjual barang-barang keperluan .. kedai hardware pun ada..

Kedai makan kampung style

Pasar mini.. murah tu..!!

Sedap tu.. restaurant ma n mom.. macam-macam juadah ada..meh la try

Friday 12 June 2015

Panasonic water purifier untuk kegunaan tetamu

Salam kepada semua tetamu yang saya sangat hargai kerana memberi kerjasama dan sokongan yang baik kepada Kaseh Isaura homestay.. sekarang Kaseh Isaura Homestay menambahkan lagi kemudahan untuk tetamu . Setiap bilik dilengkapi dengan semua aircond dan ditambah dengan water purifier di singki dapur untuk menyenangkan ibu-ibu untuk membuat susu dan memasak air tanpa risau air berbau klorin atau mengandungi bakteria.

Untuk pengetahuan para tetamu, hanya berdekatan dengan homestay nak cari makanan untuk sarapan pagi dekat je.. ada gerai menjual makanan sarapan dengan juadah pantai timur yang sedap-sedap. Nasi minyak, kerabu, dagang, kuih-muih.. macam-macam ada..

Lepas tu.. sekarang ada satu pasaraya besar TMG mart yang dekat je .. pasaraya ni menjual semua keperluan tetamu dari keperluan peribadi sehinggalah untuk shopping makanan basah pun ada..kut2 la masak kan..



complimentary air mineral disediakan untuk semua tetamu
bilik ke 2 dihias indah dan dilengkapi dengan aircon.

bilik tetamu ke2 dihias indah dan dilengkapi dengan aircon.

Saturday 21 September 2013

Kaseh Isaura Homestay dinaiktaraf

Penambahbaikan dibuat bagi keselesaan pelanggan kami.

Terimakasih di atas maklum balas yang diberikan. Kami amat menghargainya. Inilah yang kami lakukan untuk memastikan kunjungan berulang dari pelanggan tetap berbaloi dan pada masa yang sama pelanggan baru dapat manafaatnya.

Tiada yang lebih penting dari mendapat tidur yang aman, selesa dan tenteram. Tidur yang tidak terganggu dipengaruhi oleh faktor luaran dan dalaman. Kejiranan yang senyap amatlah sesuai. Persekitaran sekarang tidak ada remaja mat motor yang membingitkan suasana. Tidak ada mekanik kereta yang membaiki enjin pada waktu malam. Tidak ada jiran yang berkugiran sehingga lewat pagi dan tidak ada juga yang memasang HiFi sehingga bergegar dinding.

Semuanya tenang.

Untuk tidur yang nyaman, keselesaan dalaman berikut adalah keistimewaan yang boleh didapati di Kaseh Isaura Homestay:

1. Semua bilik dilengkapi dengan penghawa dingin yang boleh laras
2. Tambahan kipas berdiri untuk setiap bilik
3. Katil berspring yang tebal dan selesa. Tidak menyakitkan tulang belakang
4. Bantal bulu itik buatan luar negara. Tidak seperti tempat lain yang menggunakan bantal murahan
5. Selimut yang ditukar setiap masa, tambahan selimut disediakan
6. Lampu tidur yang meromantikkan suasana
7. Hiasan dinding dari lukisan tangan. Jika anda minat, ianya boleh dimiliki dengan harga yang berpatutan


Jangan tunggu lagi. Buat tempahan sekarang!

Saturday 26 January 2013

Gambar Terkini Kaseh Isaura Homestay

Kaseh Isaura Homestay tetap kekal sama tapi penerampilannya berbeza dari masa ke semasa. Berikut adalah penerampilan terbaru yang dimaksudkan.



Mesin basuh yang baru berkapasiti 70Kg. Mesin basuh yang lama taruk tepi. Bagi mereka yang ingin membasuh, sila bawa bersama sabun pencuci, peluntur atau pelembut. Manual penggunaan mesin basuh tersebut disediakan. Pun begitu kaedahnya mudah seperti mana mesin basuh jenama yang lain.


Gambar cat minyak berlukisan tangan ini menghiasi bilik tidur ke dua. Kalau nak beli, sila maklumkan. Kami sedia menjualnya kepada anda. Sila rujuk harganya pada penjuru kiri sebelah bawah. Harga tetap.  


Bilik tidur utama juga dihiasi dengan gambar cat minyak lukisan tangan. Ianya asli. Asasnya kain kanvas. Kami ada koleksi gambar lukisan seperti ini untuk dijual. Lukisan pilihan selalunya siap dalam masa 3 minggu. Tanpa bingkai. Penghantaran boleh dibuat menggunakan Pos Laju (Caj penghantaran dikenakan)


Bilik mandi utama akan disediakan dengan pancuran pemanas air. Pemanasnya dah dipasang, cuma pendawaian dan paip airnya belum siap. Dah siap nanti, anda bolehlah mandi pagi dengan suh air yang boleh laras.


Seperti yang dijanjikan, dinding dihias dengan tampalan corak yang menarik bagi menambah seri ruang tamu. Bilik utama dan bilik kedua juga dihiasi dengan hiasan yang serupa.

Jangan lupa untuk buat tempahan segera! Hubungi 013-9280959 untuk tempahan.

Jangan Sesat ke Kaseh Isaura Homestay

Bagi memastikan pelanggan baru kami yang kurang arif mengenai bandar Kuantan, kami sediakan peta untuk kemudahan semua.


Tanda panduan terdekat adalah bangunan-bangunan berikut:

1. Universiti Kolej Shahputra Kuantan
2. Wisma Belia Kuantan
3. Kolej Komuniti Kuantan
4. Sekolah Jenik Kebangsaan Bandar Indera Mahkota
5. Univeriti Islam Antarabangsa
6. Kolej Profesional Mara
7. Pejabat JPJ
8. Kompleks Mahkamah
9. Pejabat Pendaftaran Negara
10. Pejabat KWSP
11. Pejabat Imegresen
12. Balai Bomba Indera Mahkota
13. Pejabat Perbadanan Pengurusan Air Pahang
14. Kompleks SUKPA
15. Istana Sultan Abdul Aziz Shah
16. Sekolah Kebangsaan Astana
17. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan
18. Kompleks Tun Razak
19. Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad
20. Felda Wilayah Kuantan
21. Wisma Celcom
22. Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama
23. Stadium Hoki Wisma Belia
24. Komplek Renang Wisma Belia
25. Lembaga Getah Malaysia
26. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Ranggin

Bagi mereka yang dari Kuala Lumpur, anda mempunyai dua pilihan sama ada keluar melalui LDP susur Gambang atau susur Kuantan. Jika anda dari susur Gambang, terus ke arah bandar Kuantan. Selepas TUDM Kuantan atau Balai Polis Jaya Gading, pilih susur ke kiri menghala ke Lapangan Terbang Sulatan Ahmad Shah (Airport). Jalan tersebut adalah jalan pintasan Kuantan - Gebeng yang boleh terus ke Kuala Terengganu tanpa melalui bandar Kuantan. Pandu terus ke hadapan sebelum anda menjumpai stesen minyak Shell di sebelah kiri selepas jambatan sungai Kuantan. Ambil susur kiri di jejantas bersebelahan Universiti Kolej Shahputra (sebelah kanan). Dari susur kiri tersebut, dah tak jauh dah. Terus menghala ke Kawasan Perindustrian Bandar Indera Mahkota sehingga anda menemui 'roundabout'. Ambil jam pukul 9 (susur kiri). Selepas 100m, susur ke kanan dan 100m ke hadapan ambil susur kiri. Anda dah sampai ke Taman Mutiara Mahkota. Carilah Lorong IM 15/27.

Bagi mereka yang datang dari arah Segamat atau Muadzam Shah, di persimpangan Gambang - Kuantan - UMP - Segamat, ambil ke arah kanan menuju ke bandar Kuantan. Selepas TUDM Kuantan, guna panduan yang sama seperti di atas.

Bagi mereka yang datang dari Johor atau Mersing, anda akan melalui bandar Pekan. Teruskan pemanduan ke bandar Kuantan. Apabila dah sampai dekat Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS), ambil susur kanan menghala ke bandar Kuantan. Teruskan ke hadapan lebih kurang 1km anda akan nampak Masjid Permatang Badak di sebelah kiri sebelum lampu lalulintas. Ambil susur kiri. Jalan ini adalah Jalan Permatang Badak Damai. Teruskan pemanduan lebih kurang 2.5Km sebelum anda sampai ke simpang tiga jalan Pintasan Kuantan Gebeng. Ke kiri patah balik ke Kuala Lumpur. Ambil arah ke kanan. Tidak jauh dari situ akan nampak jambatan Sungai Kuantan dan seterusnya stesen minyak Shell. Teruskan arahan pemanduan seperti di atas.

Bagi mereka yang datang dari Kuala Lumpur tetapi keluar melalui LDP susur Kuantan, selepas keluar dari lebuhraya teruskan pemanduan anda ke arah bandar Kuantan. Selepas melepasi Kolej Profesional Mara berhati hati. Ambil susur kanan pada lampu isyarat menuju ke kawasan industri bandar indera mahkota. Dalam jarak 600m anda akan temui 'roundabout', ambil arah jam pukul 3. Dah tak jauh tu.  Selepas 100m, susur ke kanan dan 100m ke hadapan ambil susur kiri. Anda dah sampai ke Taman Mutiara Mahkota. Carilah Lorong IM 15/27.

Bagi mereka yang datang dari Kuala Terengganu/Kelantan sama ada anda guna laluan AL-Muktafi Billah Shah atau melalui jalan pantai (Chukai - Cherating), teruskan perjalanan menggunakan Jalan Pintasan Kuantan Gebeng menuju ke bandar Kuantan. Ikut tanda panduan Universiti Islam Antarabangsa. Apabila menemui Universiti Islam Antarabangsa di sebelah kiri dan Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah (di sebelah kanan), teruskan perjalanan ke hadapan menuju ke Kuala Lumpur. Dari jejantas Jalan Istana Abdul Aziz, lebih kurang 1.5Km ambil susur ke kiri pada jejantas berikutnya. Bersedia untuk ke kanan pada laluan di bawah jejantas berhampiran Universiti Kolej Shahputra atau Komplek Belia. Selepas belok ke kanan, teruskan perjalanan sehingga anda menemui 'roundabout'. Ambil susur kiri (jam 9). Selepas 100m, susur ke kanan dan 100m ke hadapan ambil susur kiri. Anda dah sampai ke Taman Mutiara Mahkota. Carilah Lorong IM 15/27. 

Di harapkan dengan panduan ringkas ini dapat memberi panduan untuk anda ke Kaseh Isaura Homestay. Susah-susah pakai GPS je. Masukkan nombor ni... N03 49.539 E103 16.124, dah tentu sampai depan laman rumah.

Anda juga boleh guna Google Maps. https://maps.google.com.my/?ll=3.81801,103.297234&spn=0.234311,0.213203&t=m&z=12



View Larger Map
  

Wednesday 2 January 2013

Promosi Jan & Feb 2013

Sempena Tahun Baru 2013, Kaseh Isaura Homestay mengadakan promosi hebat untuk semua pengunjung.


Diskaun sehingga 20% ini terpakai untuk penginapan malam kedua dan seterusnya sahaja bagi tempahan untuk hari Isnin hingga Khamis setiap minggu sehingga 28 Feb 2013. Penginapan malam pertama kekal pada harga biasa.

Untuk pelanggan tetap kami, diskaun 10% terpakai untuk malam pertama penginapan dan secara automatik promosi terpakai untuk malam-malam berikutnya.

Kadar hujung minggu (hari Jumaat, Sabtu dan Ahad) kekal pada harga biasa.

Kami percaya pada awal tahun ini, semua kakitangan kerajaan dan swasta akan sibuk untuk membuat perancangan dan aktiviti pemasaran. Ambillah peluang ini untuk menginap di Kaseh Isaura Homestay pada kadar yang lebih murah.

Untuk mendapat diskaun penginapan pada hari pertama sebanyak 10% (sebagaimana diberikan kepada pelanggan setia kami), caranya cukup mudah. Lawat laman web Kaseh Isaura Homestay di Facebook (http://www.facebook.com/KasehIsauraHomestayInKuantan) dan tekan 'like'. Berikan sedikit komen positif untuk makluman rakan Facebook anda yang lain. Diskaun ini sah untuk 60 hari dari tarikh pengaktifan 'like' tersebut dan buatlah tempahan awal untuk mengelakkan diambil oleh orang lain.

Bagi mereka yang belum pernah menginap di Kaseh Isaura Homestay, kami menyediakan penginapan serba lengkap (seperti rumah anda) siap dengan bilik berhawa dingin (bilik tidur utama dan bilik tidur kedua), TV LCD, peti ais, dapur memasak dan pelbagai lagi untuk keselesaan pelanggan kami. DVD dan Media Player disediakan untuk kemudahan hiburan anda. Bawa bersama fail movie kegemaran anda dalam Portable hard disk atau Thumb drive dan tayangkan untuk tontonan bersama ahli kelurga dan sahabat handai.

Kami harapkan promosi yang diberikan dapat menolong anda untuk berjimat. Terimakasih kerana memilih Kaseh Isaura Homestay.