Thursday 22 November 2012

Kaseh Isaura ditambah baik

Memahami keperluan pelanggan, Kaseh Isaura Homestay yang bertempat di Taman Mutiara Mahkota, Kuantan membuat beberapa penambahbaikan bagi memberi keselesaan kepada pelanggannya.

Berikut adalah pengubahsuaian yang dibuat:

1. Bilik kedua disediakan dengan pendingin hawa. Ini bermakna dua bilik di Kaseh Isaura Homestay telah ada pendingin hawa. Ini akan memberikan lebih keselesaan untuk tambahan anggota keluarga atau rakan-rakan yang turut serta menginap.

2. Dengan penambahan pendingin hawa tersebut, bilik kedua yang sebelum ini hanya berkipas ditukarkan selimut biasa kepada comforter. Biasalah kalau dah sejuk selimut biasa dah tak sesuai. Comforter la tebal sikit. Baru sedap tidur dalam kesejukan yang boleh laras.

3. Kemudahan untuk pelanggan telah ditambah:

a. Cerek elektrik untuk memasak air yang berkapasiti 1.5 liter. Senang kalau nak air panas bagi buat air teh atau minuman panas kesukaan anda. Senanglah juga kalau nak buat susu untuk anak kecil.
b. Periuk nasi elektrik untuk masak nasi la ya. Jangan guna untuk menggoreng lak.... Periuk nasi ni boleh memasak nasi untuk kapasiti 1.8 liter.
c. Kaseh Isaura juga membekalkan minuman bertapis berjenama secara percuma. Boleh minum sampai habis. Jangan la buat balik lak. Airnya sahaja diberi percuma. Tak eloklah kalau minum air paip. Inilah tambah nilai yang kami berikan yang mungkin tidak terdapat di homestay yang lain.


d. Kaseh Isaura Homestay juga menambah bilangan mangkuk. Ini berikutan maklumbalas yang diberikan oleh pelanggan kami sebelum ini. Katanya tak cukup mangkuk untuk makan mee segera. Sekarang mangkuk kami sediakan sebanyak 4 unit. Kalau ada permintaan tambahan kami akan pertimbangkan.
e. Bagi menentukan kesegaran makanan, minuman, sayuran, daging, ikan dan buahan yang dibeli, kami menyediakan peti sejuk baru. Baru keluar dari kedai. Peti sejuk ini menggantikan peti sejuk yang sebelum ini yang dah tak sejuk. Kalau nak buat ais, boleh guna air dari minuman bertapis yang disediakan dan guna bekas pembuat ais yang diletakkan dibahagian atas peti sejuk. Peti sejuk ini jauh lebih besar dari yang disediakan di hotel 5 bintang. Lebih besar lebih kapasiti barangan yang boleh disimpan.


f. Kaseh Isaura Homestay juga menambah seterika elektrik dan pengalasnya. Pengalas berkualiti ini tidaklah bergoyang-goyang macam pengalas seterika biasa. Pengalaman mengosok pakaian akan lebih senang selepas ini. Disediakan di dalam bilik tidur utama.



g. Bukan itu saja yang dibuat penambahan.... kini anda boleh bawa DVD kesukaan anda. Pemain DVD disediakan. Lepas ni Kaseh Isaura Homestay akan menaiktaraf kemudahan hiburan keluarga dengan pemain media yang memuatkan pelbagai cerita atau streaming video terus secara online. Tunggu kemunculannya.
h. Beberapa barangan disediakan untuk kegunaan pelanggan kami. Plastik sampah, penyembur nyamuk, ubat nyamuk lingkar (walaupun tak ada nyamuk pun), tisu tandas dan bekasnya, kain pengelap tangan, pewangi bilik, pembersih pinggan mangkuk, gas memasak, uncang teh, cecair pencuci tangan dan refill sabun mandi. Gunalah secara berhemah. Jika nak bawa balik, kami akan caj mengikut harga yang ditetapkan.


Itulah serba sedikit penambahbaikan yang dilakukan. Itu semua adalah untuk keselesaan pelanggan kami. Semoga anda berpuas hati dengan perkhidmatan tambah nilai yang kami sediakan. Selepas ini, jika ada permintaan kami boleh sediakan barangan kemasan diri seperti berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, tuala, pencukur, makanan segera, minuman tin, makanan ringan dan keperluan lain dengan kadar yang berpatutan. Sila maklumkan terlebih awal jika anda memerlukan perkhidmatan berbayar tersebut.

Jangan tunggu lagi, buatlah tempahan sekarang. No telefon mudah alih yang baru ialah 013-9280959 untuk berurusan. SMS amat dialu-alukan.

No comments:

Post a Comment