Thursday 22 November 2012

Gambar terkini di Kaseh Isaura Homestay

Berikut adalah gambar-gambar terkini yang diambil sebagai rujukan dan tatapan bakal pelanggan kami. Beberapa gambar telah dimuat naik dan diceritakan dalam blog/tajuk terdahulu. Yang ini mana yang bukan dipamerkan lagi la....

Dua bantal bulu itik buatan luar negara untuk setiap katil bujang. Bantal jenis ini terbukti memberi keselesaan untuk tengkok dan kepala yang lebih baik semasa tidur. Dua katil ini di bilik kedua yang baru sahaja ditambah kemudahan pendingin hawa.

Katil yang sama ditambah comforter berbanding selimut biasa sebelum ini. 

Lukisan tangan anak saya. Dijual pada harga RM80 termasuk bingkainya. Menggunakan pewarna air biasa.
Ini gambar katil di bilik utama. Siap dengan 4 unit bantal bulu itik buatan luar negara dan comforter yang baru ditukar. Bilik ini disediakan pendingin hawa berinverter. Dua kerusi, seterika elektrik dan pengalasnya, tambahan kipas kotak, almari dan bilik air dalaman.

 Bakul tempat letak bahan cucian diri dari IKEA ini diletakkan di bilik air kedua.  Penyidai tuala dari IKEA juga disediakan.

Lukisan tangan berbingkai. Diletakkan di ruang utama. Cerminya dah pecah. Kalau nak beli lukisan ini, ianya dijual pada harga RM50 sahaja. Gambar ikan yang unik yang dilukis menggunakan pewarna air.

Hiasan dinding ruang tamu diserikan lagi dengan lukisan tangan bunga matahari. Harga RM60 jika anda ingin memilikinya.

Lukisan abstrak ini menghiasi ruang tamu. Lukisan yang asli dan boleh dimiliki oleh anda dengan kadar yang berpatutan.

Gabungan dua lukisan ini menggunakan bingkai besi tidak karat dari IKEA. Set lukisan ini diletakkan di ruang tamu. Sedia untuk dimiliki oleh anda yang berminat pada kadar yang berpatutan.

Dinding ruang tamu diserikan lagi dengan gabungan lukisan pewarna air. Bingkai dibeli dari IKEA menampakan kepenerampilannya.

Sabun pencuci badan disediakan di bilik air utama. Disediakan juga untuk bilik air kedua. Setiap bilik air mempunyai cermin muka tersendiri.

Memasak dibenarkan. Periuk dan kuali besi tidak karat (stainless-steel) disediakan. Boleh lah untuk mengoreng telur atau masak mee segera atau lauk pauk yang lain. Pun begitu minyak dan bahan memasak tidak disediakan. Dapur masak mudah alih disediakan. Gas tin juga disediakan. Sila rujuk 'Terma dan Syarat' bagi maklumat lanjut penggunaannya.

 Ini adalah keadaan bilik di bilik ketiga. Bilik ketiga mempunyai 1 katil bertingkat (single bed setiap satu) dan katil bujang bingkai kayu yang sesuai untuk anak-anak. Bilik dilengkapi dengan kipas berdiri dan kipas kotak mudah alih. Bantal bulu itik buatan luar negara disediakan untuk setiap katil. Selimut kain kapas disediakan juga.

Kemudahan membasuh pinggan mangkuk disediakan. Pastikan ianya bersih sepanjang penginapan anda. Guna secara berhemah agar pelanggan lain dapat merasai kemudahan yang sama.

Akhir sekali gambar dari luar. Tempat letak kereta boleh memuatkan 2 buah kereta sederhana besar. Di luar pagar boleh tempatkan tambahan 1 buah kereta lagi. Pencahayaan jalan dari tiang elektrik di hadapan rumah akan menerangi kawasan hadapan Kaseh Isaura Homestay.

Semoga anda berpuas hati dengan perkhidmatan kami. Buat tempahan segera sebelum terlewat. Perbagai nilai tambah pada harga yang amat berpatutan. Kenapa berbayar lebih untuk penginapan di hotel bagi seisi keluarga sedangkan anda boleh menikmati kemudahan yang hampir sama di Kaseh Isaura Homestay pada harga yang lebih rendah?

Untuk tempahan hubungi atau SMS 013-9280959. 

No comments:

Post a Comment