Saturday 1 December 2012

Promosi Cuti Sekolah

Cuti sekolah datang lagi. Banyak kenduri kahwin untuk diamarahkan. Banyak perancangan perjumpaan keluarga untuk diaturkan. Masa inilah untuk bersama-sama keluarga setelah sekian lama fokuskan pasal kerja je.

Jika Kuantan adalah destinasinya, keperluan penginapan bukanlah menjadi masaalah. Kaseh Isaura Homestay merupakan pilihan penginapan keluarga yang boleh memuatkan sehingga 8 orang dalam satu-satu masa.

Dengan penambahbaikan yang dibuat, harga penginapan telah dinaikkan. Pun begitu pelanggan berulang akan menikmati harga lama. RM150/malam. Inilah yang kami boleh berikan tanda sokongan kepada pelanggan kami yang setia!

Bagi pelanggan baru... kami memperkenalkan pakej penginapan yang amat berpatutan sempena musim cuti sekolah ni.

Penginapan 2 hari 1 malam : RM170
Penginapan 3 hari 2 malam : RM170 untuk malam pertama dan RM160 untuk malam kedua
Penginapan 4 hari 3 malam : RM170 untuk malam pertama dan RM150 untuk dua malam berikutnya
Penginapan melebihi 5 hari 4 malam: RM150 untuk setiap malam

Pelanggan baru yang menginap pada mana-mana pakej di atas layak untuk menikmati Pakej Pelanggan Setia pada harga RM150 semalam untuk penginapan yang berikutnya dalam tempoh 60 hari dari tarikh penginapan terdahulu. Maknanya kalau datang hujung bulan December kemudian datang sekali lagi pada pertengahan bulan Febuari, maka pelanggan setia kami akan layak untuk mendapat Pakej Pelanggan Setia ini. Kalau masuk bulan Mac, kira harga pakej biasa lah semula....

Apa lagi cara untuk anda melayakkan diri untuk mendapat harga promosi RM150 semalam? Kami amat perihatin untuk pelanggan baru kami yang memikirkan berkenaan kos. Kami bersedia untuk menawarkan harga promosi RM150 semalam kepada anda dengan syarat. Apa syaratnya? Cukup mudah....

Anda mempunyai pilihan yang banyak, semuanya tertakluk kepada keikhlasan anda dan cara untuk membantu kami dalam kempen pemasaran.

1. Bawa bersama senarai nama kenalan, ahli keluarga berserta nombor telefon dan alamat email. Minima 10 senarai nama untuk melayakkan anda mendapatkan harga promosi kami. Mudah kan? Kami akan gunakan maklumat yang diberikan untuk tujuan promosi dan pemasaran akan datang.
2. Meletakkan 'web banner advertising' untuk Kaseh Isaura Homestay di laman web anda selama minimum 7 hari atau 5000 'impression' juga melayakkan anda untuk mendapat pakej promosi berkenaan.
3. Cetak dan edarkan 50 risalah/flyer Kaseh Isaura Homestay samaada berwarna atau hitam-putih di pejabat atau kawasan kejiranan anda. Bagaimana kami tahu anda telah lakukan? Inilah yang dikatakan keikhlasan. Kami cuma perlukan sekeping gambar aktiviti edaran yang anda lakukan. Itu saja. Risalah Kaseh Isaura Homestay boleh dimuat turun.
4. Muat turun risalah Kaseh Isaura Homestay dan emailkan kepada 10 rakan kerja atau kenalan. Semasa anda menghantar email, pastikan anda cc (beri satu salinan) kepada kaseh1527@gmail.com. Mudahkan untuk melayakkan anda mendapat harga promosi kami....
5. Perkenalkan rakan kerja atau saudara mara kepada Kaseh Isaura Homestay. Jika mereka bersetuju untuk menginap dan seterusnya menginap menggunakan mana-mana pakej di atas. penginapan anda akan datang adalah pada harga promosi. Pastikan anda SMS nombor telefon rakan kerja atau saudara mara yang bersetuju untuk menginap tersebut.
6. Ingin cara yang lebih mudah? Apa kata anda gunakan facebook yang anda ada. Lawat facebook Kaseh Isaura Homestay (https://www.facebook.com/KasehIsauraHomestayInKuantan) dan tekan 'like', berikan 'positive comment' serta kongsi maklumat yang sama di laman utama facebook anda. 'Print screen' aktiviti yang sekurang-kurangnya mendapat 10 reply dari rakan facebook anda dan berikan kepada kami semasa mendaftar masuk. Anda akan layak untuk mendapat harga promosi kami pada RM150 semalam.
7. SMS atau Viber atau WhatsApp kepada sekurang-kurangnya 10 orang rakan kerja atau saudara mara anda. "Nikmati Penginapan Selesa di Kaseh Isaura Homestay Kuantan pada harga promosi. Lawat kaseh-isaura.blogspot.com untuk maklumat lanjut. SMS 0139280959 untuk tempahan' atau 'Enjoy a promotion rate stay at Kaseh Isaura Homestay Kuantan. Visit kaseh-isaura.blogspot.com for details. To book SMS 0139280959'. Pilihlah versi bahasa melayu atau bahasa orang putih. Mana-mana pun boleh. Masukkan nombor 0139280959 dalam 'distribution list' anda.

Web banner dan flyer akan dimasukkan dalam laman ini dalam masa terdekat.

Mudah sekali untuk menikmati harga Promosi Cuti Sekolah kami. Pilih mana-mana cara yang mudah untuk anda laksanakan dan anda layak untuk menginap di Kaseh Isaura Homestay pada harga yang lebih rendah. Promosi ini hanya sah sepanjang musim cuti sekolah dan akan dilanjutkan mengikut keadaan.

Apa saja yang anda lakukan dari 7 pilihan di atas, pastikan ianya (tarikh aktiviti) tidak melebihi 2 bulan. Maknanya untuk anda melayakkan diri untuk mendapat harga promosi kami, lakukan salah satu aktiviti di atas dalam masa 60 hari sebelum tarikh penginapan yang anda inginkan. Kalau tunjukan mana-mana aktiviti yang telah tamat tempoh, kami tak boleh terima lah....

Akhir sekali kami percaya kepada konsep 'menang-menang'. Anda akan dapat harga promosi bila bantu kami dalam aktiviti pemasaran.

A nice stay ahead at Kaseh Isaura Homestay.

No comments:

Post a Comment