Monday 10 December 2012

Kemudahan di Kaseh Isaura ditambah

Terimakasih di atas maklumbalas yang diberikan. Demi menjaga keselesaan dan kepentingan pelanggan kami, Kaseh Isaura Homestay secara berperingkat menambah baik perkhidmatan yang kami sediakan.

Kini anda boleh bawa bersama anda video kegemaran anda untuk ditonton bersama ahli keluarga atau rakan-rakan. Kami baru sahaja menyediakan HDD Multimedia Player atau lebih dikenali dengan Media Player.

Dengan Media Player ini, video dari thumb drive/pen drive/hard drive/memory SD card boleh ditonton terus ke LCD TV. Format video tertentu sahaja diterima.

Jangan risau, kami juga menyediakan beberapa video untuk tontonan keluarga meliputi cerita animasi, action dan beberapa cerita di pawagam.

Pilihan untuk menggunapakai pemain DVD masih boleh dipertimbangkan. Jika anda ada koleksi video dari DVD, bawa bersama anda dan tonton nanti bersama keluarga dan rakan-rakan.

Kami akan tunjukkan kepada anda bagaimana untuk mengunapakai Media Player yang disediakan. Cukup mudah!

Pada masa yang sama, kami juga menambah dua biji bantal peluk untuk bilik utama dan bilik ke dua. Katil bilik utama dikemaskan dengan 'mattress protector' untuk memberikan lebih keselesaan semasa tidur. Sejadah disediakan di bilik utama untuk kemudahan bersolat.

Kemudahan ini semuanya untuk pelanggan kami dan tidak menyebabkan tambahan harga sewa. Harga kekal sama malah anda boleh mendapat harga promosi untuk penginapan yang melebihi 1 malam.

Teruskan beri maklumbalas positif untuk memastikan keselesaan penghuni terjaga. Tunggu, akan datang Kaseh Isaura Homestay akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain. Di antaranya termasuk:

1. Pemanas air di bilik mandi
2. Kemudahan WiFi
3. Perkhidmatan ASTRO
4. Kemudahan tuala mandi (berbayar. Hanya RM2 sehelai - kos untuk dobi)
5. Lampu kecemasan jika berlaku gangguan elektrik
6. CCTV di ruangan tempat letak kereta
7. Lampu kemasan bilik dan ruang tamu
8. Kemasan dinding dengan wall paper yang menarik
9. Lampu LED di ruang tempat letak kereta dan di belakang rumah
10. Meja solek di bilik utama

No comments:

Post a Comment