Thursday 22 November 2012

Signage Kaseh Isaura Homestay

Kalau tanpa pengenalan tanda iklan rasanya tidak lengkap. Kaseh Isaura Homestay melekatkan tanda iklan bagi memudahkan pelanggan mencari kediaman yang sebenar.


Keistimewaan tanda iklan ini selain dari menyatakan nombor telefon mudah alih (013-9280959) untuk dihubungi, ianya dilengkapi dengan lampu LED dan penyahayaan jika anda sampai di sebelah malam. Malam-malam manalah nak cari nombor rumah. Dah ada lampu kelip-kelip ni, dari jauh dah nampak Kaseh Isaura Homestay. 

Jangan lah pulak kalu menginap di Kaseh Isaura Homestay, anda nak tutup suisnya pulak. Tak ada suis untuk ditutup. Lampu LED yang berkelip-kelip tu tutup secara automatik bila hari siang. Dia ON sendiri bila malam atau hari gelap. Pakai sumber solar. Kalau nak lampu yang sama untuk rumah anda, boleh lah SMS terlebih awal (sekurang-kurangnya 2 minggu). Kami order terus dari kilang. Harganya? Untuk pelanggan kami, kami bagi harga kos lah... kalau LED biasa (yang pakai sumber elektrik kediaman 240V) selalunya dijual pada harga RM20 - RM30 setiap unit yang mempunyai 50 - 100 LED. Kalau pakai solar ni, harganya mahal la sikit, tapi anda tak perlu risau pasal nak bayar bil elektrik. Sumber solarkan percuma!

Pencahayaan papan tanda tersebut diterangi dengan spotlight LED yang juga menggunakan sumber solar. Hanya berfungsi di waktu malam dan bila ada pergerakan di hadapan Kaseh Isaura Homestay. Jika kebetulan anda meletakkan kereta di hadapan pagar pada waktu malam, lampu spotlight LED tersebut akan menyala secara automatik dan terpadam sendiri selepas 50 saat.

Bagi mereka yang masih tercari-cari di mana Kaseh Isaura Homestay, alamatnya adalah di:

No 10 Lorong IM 15/27
Taman Mutiara Mahkota
Bandar Indera Mahkota 15
25250 Kuantan, Pahang

GPS: N3 49.548 E103 16.129





No comments:

Post a Comment